Panasnya Hari Ini

“Jadi Pak Turut Jika Mahu Jadi Menteri” – Shafie

KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik itu perlu menjadi pak turut, atau ‘yes man’ sekiranya mahu menjadi menteri.

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, menjadi pak turut adalah sesuatu yang diperlukan sekiranya ingin menjadi anggota Kabinet.

Dengan sikap sebegitu, seseorang itu sudah pasti akan dilantik menjadi ahli dalam Kabinet.

Memetik laporan MalaysiaKini, Shafie turut berkata, seseorang itu boleh mengiakan kata-kata ketuanya tetapi perlu bertempat.

“Bukan tak boleh yes. Yes kalau tempat yang baik,” kata beliau ketika mesyuarat agung tahunan UMNO bahagian Parit Sulong.

Katanya lagi, kadangkala beliau akan berkata ‘tidak’ pada waktu yang dirasakan perlu.

Shafie juga menegaskan bahawa apa yang beliau lakukan adalah kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dipertahankan dan hanya akan berdiam diri sekiranya ingin menjaga kepentingan yang dimilikinya.

Sementara itu, Shafie juga menyatakan bahawa beliau serta Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah dimaklumkan berkaitan dana sebanyak RM2.6 billion yang didakwa ‘didermakan’ kepada Perdana Menteri.

Menurut kenyataan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), derma sebanyak RM2.6 billion itu didermakan oleh seseorang daripada Timur Tengah sebelum pilihan raya umum 2013.

“Sepanjang yang saya tahu, mesyuarat yang saya hadiri, kami tidak dimaklumkan.

“Namun kabinet diberitahu baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir saya,” jelasnyanya.

Terdahulu, Shafie merupakan antara Menteri Kabinet yang digugurkan dalam rombakan Kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai yang lalu.

Turut digugurkan dalam rombakan tersebut Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");