Sukan Hari Ini

‘Kami datang untuk menang’

Alor Setar: “Kedatangan kami di di Stadium Nasional Bukit Jalil bertemu DRB Hicom esok (malam ini) bukan mahu mencari satu mata bagi memastikan kejuaraan Liga Perdana, tapi kemenangan,” kata ketua jurulatih Helang Merah, Tan Cheng Hoe.

Katanya, hanya satu mata diperlukan untuk dinobat juara dan pemain mesti kekal fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

“Pada saya, pencapaian Kedah adalah kerana hasil kerja keras dan kesungguhan semua pemain dan juga sokongan padu ribuan penyokong setia tidak kira sama ada beraksi di Stadium Darul Aman atau di gelanggang lawan.

“Kini hanya tinggal satu perlawanan dan kami perlukan satu mata saja. Inilah masa pemain kekal fokus dan mengekalkan disiplin bagi memastikan kejuaraan untuk layak ke kempen Liga Super musim depan.

“Saya lega kerana tonggak tengah Liridon Krasniqi boleh beraksi kembali selepas menjalani penggantungan satu perlawanan kerana tiga kad kuning. Kehadirannya pasti menyuntik semangat rakan lain beraksi lebih yakin,” katanya.

Menurut Cheng Hoe, beliau akan membariskan kesebelasan terbaik bagi menjaminkan kemenangan seperti diharapkan pengurusan pasukan, penyokong Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Saya tidak mahu ada pemain tertekan kerana perlawanan terakhir ini dan mahu mereka beraksi seperti biasa seperti perlawanan terdahulu.

“Sebenarnya bermain di Stadium Bukit Jalil cukup nostalgia kerana di sinilah Kedah dijulang selaku juara Piala Malaysia 2007 menewaskan Perak dan 2008 ke atas Selangor.

“Saya harap pemain akan membawa semangat itu pada perlawanan esok (malam ini),” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");