Perak Hari Ini

Mangsa Lemas Ditemui Selepas 3 Hari

SELAMA: Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang dikhuatiri lemas sejak Selasa lalu telah berjaya ditemui dalam satu operasi mencari hari ini.

Menurut sumber, mangsa telah berjaya ditemui pada jarak tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan lemas.

“Mangsa telah ditemui sekitar jam 9.45 pagi oleh orang awam pada jarak tiga kilometer dari lokasi mangsa disyaki lemas.

“Operasi pencarian tersebut melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selama, BBP Parit Buntar, Unit PPDA dan Unit K9 serta turut dibantu oleh pasukan Polis, Polis Marin, RELA dan JPAM,” kata sumber.

IMG-20150821-WA0006

Menurutnya lagi, anggota penyelamat telah melakukan operasi pencarian di permukaan di sekitar tebing sungai dan turut menggunakan teknik ‘surface searching’.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”ujarnya.

Selasa lalu, mangsa Mohamad Shafiq Shazanie Roslan dipercayai sedang mandi bersama rakan-rakannya di Sungai Kerian berhampiran dengan Taman Menteri, di sini.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Fauzi Razali Operasi tamat sekitar jam 12.12 tengah hari tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");