Panasnya Hari Ini

Keahlian Ainina Dalam UMNO Automatik Gugur-Bung Mokhtar

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin menyatakan bahawa Keahlian Ainina Saadudin sebagai ahli UMNO gugur secara automatik sejurus selepas tindakannya memfailkan saman terhadap Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatodaym beliau berkata, tindakan Anina itu memfailkan sama terhadap Presiden dan UMNO adalah melanggar Perlembagaan parti.

Ainina pagi tadi telah bertindak memfailkan saman terhadap Najib berkaitan dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akuan peribadi milik beliau.

“Tidak perlu dipecat, keahlian dia (Anina) akan tergugur secara automatik.

“Dia membawa ke mahkamah maka dia akan kehilangan hak, sebab Perlembagaan kita jelas, mana-mana ahli tidak boleh membawa isu UMNO ke mahkamah,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan Ainina itu juga telah memberikan ruang kepada pihak parti pembangkang bagi menyerang UMNO.

“Tidak elok isu parti disuarakan secara terbuka, apabila dibuat secara terbuka ia memberi peluang kepada musuh politik menjahanamkan parti kita sendiri,” katanya.

Bung turut menasihatkan ahli UMNO supaya menggunakan saluran yang betul untuk mengkritik parti dan bukannya bertindak menyerang secara terbuka.

“Nasihat saya gunalah saluran yang betul untuk mengkritik parti, apa yang dilakukan (Anina) tidak dapat menyelesaikan isu yang dibangkitkan bahkan akan menambahkan lagi kemelut yang berlaku.

“(Dan) .. itu boleh membantu mengurangkan keraguan kepada penyokong UMNO, bukan ahli yang berada di atas pagar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");