Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Akan Terus Atasi Masalah Penerokaan Haram

IPOH: kerajaan Negeri terus komited memerangi secara berterusan sebarang kegiatan penerokaan tanah milik kerajaan yang dilakukan secara haram.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Perak antara negeri yang pernah berhadapan dengan satu masalah serius mengenai pecerobohan tanah oleh peneroka haram.

“Dianggarkan lebih 61 ribu ekar tanah dikesan  telah diteroka secara haram dan hari ini kita berjaya mengatasi dan mengurangkannya kepada 16 ribu ekar sahaja,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan sentiasa terus berusaha menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya menggunakan pendekatan merampas tanah-tanah berkenaan tetapi lebih memberi penelitian terhadap kes-kes yang berlaku.

“Tuduhan Kerajaan Negeri langsung tidak berhati perut bagi mengatasi masalah petani dan peneroka haram tanah milik kerajaan adalah sangkaan yang sengaja dilemparkan.

“Ada kes ianya melibatkan secara sindiket, pihak pembangkang pula tampil mencabar saya dan ini bukan soal cabaran kerana ini adalah tanggungjawab dan tidak sepatutnya mencabar,” katanya.

Ujarnya lagi, ianya jelas termasuklah mengenai  pengurusan pasir, Kerajaan Negeri sama sekali tidak bertindak melindungi,mempertahankan atau menyelamatkan mana-mana individu.

“Ini soal pengurusan hasil negeri kerana kita akan mengambil tindakan jadi berilah maklumat kepada kita sekiranya mengetahui mengenai penglibatan sindiket.

PERAKTODAY1

“Terdapat sindiket yang beroperasi dan saya tidak hanya bercakap kosong ,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas merasmikan Konvesyen Pentadbiran Tanah Negeri Perak di Casuarina@meru hari ini.

Ujarnya lagi kerajaan Negeri turut menyedari penglibatan para petani selama ini yang berusaha keras menjalankan pertanian yang antaranya menjangkau 30 tahun.

Tambahnya lagi, 40 ribu kes melibatkan para petani juga berjaya diselesaikan yang bukan hanya melibatkan penanaman sayuran sahaja tetapi termasuklah pertanian kelapa sawit dan getah.

“Masalah petani ini akan berterusan dan sasaran membasminya akan dijalankan secara berterusan kerana dimana-mana sahaja akan timbul permasalahan.

“Mereka tahu sesuatu kawasan baharu mereka akan meneroka kawasan yang lain pula dan ianya turut melibatkan sindiket tertentu.

“Ada kalangan mereka antara negeri sempadan, ianya tidak akan berakhir dan kita perlu bertegaslah dalam usaha mengatasi masalah tersebut,” tegas Zambry lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");