Perak Hari Ini

Kompleks Kolam Renang Ditutup, MBI Minta Orang Awam Bersabar

IPOH: Orang awam diminta bersabar sementara menunggu proses menaiktaraf tandas awam dan bilik persalinan Kompleks Kolam Renang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dijangka siap sepenuhnya Oktober depan.

Menurut Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, cadangan membaik pulih tandas awam dan bilik persalinan itu setelah mengambil kira rugutan pengguna dan keadaan bangunan tersebut.

“Ianya ditutup buat sementara waktu bagi tujuan kerja penyelengaraan mulai 5 Ogos lalu dengan kos yang terlibat adalah sebanyak RM287 ribu dan dijangka siap dalam masa lapan minggu ,” katanya.

Tambahnya lagi, sudah terlalu lama bilik persalinan kolam renang berkenaan tidak diselenggara dan demi keselesaan kepada para penggunjung warga Ipoh untuk aktiviti riadah di kolam itu tindakan kerja membaik pulih dijalankan.

“Antara skop kerja adalah seperti menggantikan jubin lantai, jubin dinding, saluran paip air masuk utama menggantikan sistem paip dalam tandas mengantikan syiling dan tangki air serta kerja mengecat,” katanya.

Ujarnya lagi, penutupan kompleks renang sejak 5 Ogos yang lalu sehingga 31 Oktober ini dan pihak MBI yakin pihak kontraktor yang diamanahkan akan menyiapkan pengubahsuaiaan ini lebih cepat mungkin.

“Mengambil kira rugutan orang ramai memaklumkan keadaan tandas dan bilik persalinan sangat teruk dan menjijikkan kerana telah cukup lama tidak diselenggara.

“Pada masa sekarang kita buat sedikit demi sedikit pengubahsuaian dan ada perancangan besar untuk kolam renang ini yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Tambahnya lagi, kompleks renang tersebut akan diselenggara sepenuhnya  sebagai persiapan untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Sukma pada tahun 2018 dan akan diumumkan kelak.

PERAKTODAY (6)

“Pihak kami menyedari ada kerosakan dan  kos yang tinggi bagi membaik pulih kolam renang ombak dan jubin yang telah pecah kerana ini kegunaan awam ..pihak kami akan menjalankan pengubahsuaian secara beperingkat,” katanya.

Kompleks renang tersebut telah digunakan sejak 30 tahun lalu dan menerima kunjungan lebih 2,000 pengunjung terutamanya pada setiap hujung minggu.

“Kompleks latihan untuk atlet latihan terjun dan kolam renang olimpik masih dibuka untuk tujuan latihan persiapan dibuka hanya untuk atlet,” katanya.

Katanya lagi, tempoh masa pengubahsuaian dijangka lebih awal daripada tempoh diberikan dan perancangan menaiktaraf secara menyeluruh akan dijalankan kelak secara berperingkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");