Perak Hari Ini

Ladang Belia Bantu Golongan Muda Ceburi Bidang Pertanian

IPOH: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan satu program ‘Ladang Belia’ untuk golongan muda.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia merupakan usaha yang dilakukan bagi membantu golongan belia dan juga mereka yang tidak mempunyai peluang pekerjaan untuk menceburi bidang pertanian.

“Ini salah satu cara untuk kita memberikan peluang kepada mereka untuk menceburi diri dalam bidang pertanian ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ladang Belia Lekir di sini, hari ini.

PERAK TODAY 3

Ujarnya, program berkenaan akan dilaksanakan di Daerah Manjung dengan melibatkan keluasan kawasan seluas lebih 63 hektar yang akan dibahagikan mengikut fasa-fasa.

“Ladang belia yang akan dilancarkan pada hari ini iaitu ladang belia Lekir dan ianya akan dilaksanakan di Daerah Manjung melibatkan kawasan keseluruhan seluas 156 ekar.

“Seramai 30 peserta yang dipilih daripada penduduk setempat dan ianya akan dibantu oleh seorang mentor berpengalaman yang sekarang ini mempunyai kebun-kebun beliau iaitu tanaman sayuran dan kekacang,” katanya lagi.

PERAK TODAY 5

Zambry berkata, setiap peserta akan diberikan elaun berjumlah RM1,100 sebulan dan mereka juga akan dibenarkan untuk bergerak sendiri selepas proses bimbingan dalam Ladang Belia berkenaan.

“Kita harap ianya akan dapat memberikan peluang pekerjaan dan golongan belia ini akan terlibat secara langsung dalam bidang pertanian ini diperingkat awal ini.

“Ianya akan menjadi program awal atau perintis dan seterusnya akan dapat kita kembangkan ke kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Perak,” ujar beliau lagi.

PERAK TODAY 4

Sementara itu, Zambry juga turut mengumumkan hasil perbincangan dalam mesyuarat yang telah dilaksanakannya bersama Perbadanan tersebut di sini, hari ini.

“Mesyuarat yang diadakan pada hari ini turut meninjau dan melihat prestasi pertanian kita daripada segi perkembangan khususnya yang melibatkan sektor perladangan di peringkat Perbadanan.

“Pertumbuhan agak sederhana memandangkan keadaan harga semasa dan juga melibatkan daripada segi masalah yang berlaku di awal tahun ini iaitu keadaan banjir,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, beliau menjangkakan bahawa perolehan secara keseluruhannya masih berada pada tahap positif.

“Kita jangkakan Perbadanan akan membuat keuntungan secara perbandingan tidak kira secara kecil atau besar ataupun lebih besar daripada tahun sebelumnya.

“Apa pun kita akan menanti untuk perolehi daripada segi keseluruhan pendapatan pada hujung tahun ini,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");