Panasnya Hari Ini

Khairy Dicabar Nyata Pendirian

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin diminta supaya tampil menyatakan pendirian beliau berhubung isu rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 28 Julai lalu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan Khairy yang hanya berdiam diri itu menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Katanya lagi, AMK berasa pelik apabila memerhatikan tindakan Khairy yang hanya ‘menutup mulut’ sedangkan Negara kini sedang melalui kemelut politik besar.

“Perdana Menteri dan barisan Kabinet baru telahpun menyatakan niat untuk memperketatkan lagi undang-undang yang akan mengganggu hak asasi rakyat disebabkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita juga sedang menyaksikan dengan jelas pemusnahan lanjut institusi-institusi yang menyemak dan mengimbangi kuasa kerajaan,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan itu juga, Khairy turut dicabar supaya menyatakan pendiriannya sama ada masih bersama Perdana Menteri atau bersama rakyat.

“Saya menggesa Khairy untuk menyatakan pendiriannya sama ada berdiri bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal 1MDB atau bersama rakyat Malaysia yang lain termasuk anggota UMNO sendiri yang merpersoalkan skandal berbillion ringgit ini,”katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah melakukan rombakan Kabinet dengan menyaksikan pengguguran Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.

Turut digugurkan adalah beberapa menteri kabinet yang lain dan timbalan menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");