Membawang Hari Ini

Lagu After The Rain Beri Semangat, Motivasi

LAGU penyanyi, Najwa Mahiaddin yang berjudul “After The Rain” telah mendapat reaksi hangat dari peminatnya sejak di muatnaik di internet malam tadi.

Dalam tempoh empat jam selepas lagu itu dimuat naik, ia telah ditonton sebanyak 13,000 kali di Facebook.

Lagu After The Rain itu hasil ciptaan Junny itu, sedikit sebanyak memberikan motivasi dan kekuatan kepada rakyat Malaysia dalam mengharungi pelbagai kesukaran dan cabaran.

Antara bait lagi yang menyentuh hati pendengar adalah, mengenai kata-kata semangat dalam lagu itu.

“Kita semua mungkin terjatuh namun kita semua bangkit. Bertabahlah Malaysia (kerana) selepas hujan akan muncul mentari,” itu antara cebisan bait lagu tersebut.

Selepas lagu itu dimuat naik, klip video itu lantas ,mendapat reaksi hangat dan segera daripada pelayar internet.

“Saya percaya muzik adalah penawar paling hebat. Semoga lagu ini memberi keselesaan dan kekuatan kepada kita semua dalam masa kesukaran,” tulis Najwa dalam akaun Facebooknya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");