Jenayah

Laporan mental wanita tanggal baju 10 Ogos

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 10 Ogos untuk mengetahui laporan pemeriksaan mental bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai, April lepas.

Majistret Nur ‘Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memaklumkan pemeriksaan mental terhadap Persana Avril Sollunda, 33, telah selesai dilakukan tetapi pegawai penyiasat tidak sempat membawanya ke mahkamah hari ini.

“Pegawai penyiasat memaklumkan tertuduh baru sahaja dikeluarkan dari hospital (Hospital Tanjung Rambutan, Perak) pada Jumaat lepas, dan laporan itu tidak sempat dibawa hari ini. Saya cadangkan satu tarikh untuk mendapatkan laporan tersebut,” katanya semasa sebutan semula kes itu.

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas. Gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Kelvin Tan mewakili tertuduh.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");