Berita Hari Ini

Lebih ramai sokong Pas

KUALA TERENGGANU – Lebih ramai pengundi Melayu dan Islam akan memberi sokongan kepada Pas.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Zakaria Dagang berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada perkembangan politik semasa yang memperlihatkan perpecahan dalaman Umno di samping pelbagai isu yang melingkari Umno dan BN ketika ini.

Menurutnya, walaupun Pas sebelum ini dilihat bergolak ekoran tindakan beberapa ahli Pas berhasrat menubuhkan parti baharu, namun katanya, isu rombakan Kabinet lebih menzahirkan pergolakan dalaman Umno.

“Isu dalam Pas akan kendur kerana rombakan Kabinet dan ia sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada Pas,” katanya.

Mengulas mengenai usaha pihak tertentu dalam Pas sendiri yang cuba melemahkan parti itu, beliau memberitahu, kesemua pemimpin dari peringkat negeri hingga cawangan memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Sehubungan itu katanya, penubuhan Harapan Baru bukanlah isu besar yang boleh menjejaskan kesepaduan dalam parti.

Jelasnya, walaupun pihak terlibat menunjukkan kesungguhan untuk mencari pengikut, namun ia tidak memberi kebimbangan kepada pihaknya.

“Secara umum, kalau lihat pemimpin Pas yang pegang jawatan daripada peringkat negeri, kawasan, Dun dan cawangan, tiada satu pun yang terpengaruh dengan pihak terlibat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu ada arahan supaya parti membuat laporan mengenai pergerakan harapan baru di peringkat masing-masing.

Beliau menjelaskan, walaupun berlaku pergerakan Harapan Baru di negeri ini, namun ia tidak melibatkan mereka yang memegang jawatan dalam parti.

“Apa yang boleh kita katakan adalah pemimpin Terengganu bersih daripada sebarang aktiviti Harapan Baru,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");