Perak Hari Ini

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

SIMPANG PULAI: Seorang lelaki maut apabila motosikal berkuasa tinggi miliknya gagal dikawal lalu terbabas dan bertembung dengan kereta kereta jenis Proton Pesona pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Bomba dan Penyelamat , kejadian berlaku kira-kira jam 11. 22 pagi di Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highland.

Tambah sumber lagi, dalam kemalangan itu juga turut mengakibatkan motosikal milik mangsa musnah terbakar hampir 80 peratus.

“Anggota menggunakan aliran gelendong hos dari tangki jentera untuk memadamkan kebakaran sehinnga selesai sepenuhnya”, kata sumber.

Penunggang motosikal disahkan maut oleh pihak pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian tersebut.

Operasi tamat pada pukul 12.39 tengah hari yang diketuai oleh PBK II Mazlan Shaari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");