Jenayah

Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah terbakar

Tanjung Karang: Bangunan utama Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.41 malam dan 14 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang dan Sekinchan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 95 peratus bangunan berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian pelajar pusat tahfiz berkenaan tiada di situ kerana menghadiri majlis jamuan hari raya.

Difahamkan, bangunan dua tingkat itu menempatkan asrama pelajar di tingkat atas manakala bahagian bawah adalah bilik kuliah.

“Api berjaya dikawal pada 10.02 malam dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian ini.

“Punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");