Panasnya Hari Ini

Mahathir Cemburu Dengan Kejayaan Kerajaan Hari Ini – Ku Nan

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan cemburu melihat kejayaan yang diperoleh kerajaan pada hari ini yang menyebabkan beliau sentiasa tampil mengkritik kerajaan.

Sindirian itu dilontarkan oleh Setiausaha Agung UMNO merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Meskipun tidak menyebut nama mantan Perdana Menteri itu, namun ianya jelas dilihat bahawa sindiran itu ditujukan kepada pemimpin veteran UMNO tersebut.

“Mereka serang PM (Perdana Menteri), dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam kita buat, kononnya tidak yakin.

“Tak ada keyakinan itu siapa, segelintir manusia dalam Negara kita yang rakus, tak dapat capai matlamat mereka. Ada yang nak jadi PM, tak dapat jadi PM. Ada yang dah jadi PM barangkali cemburu di atas kejayaan yang kita capai pada hari ini,”katanya, memetik laporan Mstar.

Katanya lagi, sesebuah Negara itu akan jatuh sekiranya ada sikap angkuh dalam diri seseorang.

“Sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir anda selalu betul, itu yang akan memusnahkan kit,”ujarnya.

Sementara itu, Tengku Adnan turut mengecam tindakan pihak pro-pembangkang yang berkeinginan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4 bagi menuntut kerajaan bersih pada 29 Ogos ini.

“Kita sedar mereka akan buat demonstrasi besar-besaran pada 29 Ogos ini, konon nak berhimpun depan Dataran DBKL. Mengapa anda lakukan perkara ini?

“Apa yang kerajaan lakukan semua salah, padahal cuba mereka renungkan apa yang benar dan yang salah. Lebih banyak kebenaran daripada yang salah seperti mereka sebutkan,”tegasnya.

Beliau turut meminta supaya rakyat mampu berfikir sewajarnya sebelum mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan.

“Tolonglah jangan musnahkan apa yang kita capai pada hari ini. Jangan ikut hati, kalau ikut hati, mati, apatah lagi jika hati kita ini angkuh. Apabila anda ada sikap angkuh dalam hati, percayalah kita akan musnah,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");