Sukan Hari Ini

MotoGP Lebih Sukar Berbanding Aksi F1 – Lauda

NIKI Lauda mengakui MotoGP merupakan ‘perlumbaan yang paling sukar dipercayai’ sekaligus menjadikan lebih ramai peminat berbanding Formula Satu (F1).

Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi kini berkongsi kedudukan teratas dengan 211 mata, namun Lorenzo kelebihan jumlah kemenangan (lima) berbanding rakan sepasukannya di Yamaha itu.

Juara bertahan Marc Marquez berada di kedudukan ketiga dengan 52 mata selepas memenangi tiga perlumbaan seperti yang dicatat Rossi.

Lauda turut berada di perlumbaan Grand Prix Czech Ahad lalu yang menyaksikan Lorenzo menggondol gelaran juara, amat teruja dengan aksi perlumbaan berbanding F1.

“Ia sukar dipercayai, 350kph atau lebih, malah dapat melihat bagaimana mereka mengawal jentera.

“Ia sesuatu yang amat luar biasa dalam perlumbaan yang kamu lihat hari ini,” jelas pengerusi Mercedes itu.

“Bagaimana pun, berbeza dengan aksi F1. Jentera amat senang dipandu dan kamu tidak lihat ia tergelincir atau yang situasi yang sama.

“Ia agak sukar untuk dapatkan aksi seperti motosikal, dan kami bekerja lebih keras terhadap kereta untuk menjadikannya lebih sukar dipandu.”

Ketua-ketua teknikal F1 kini dalam persiapan melaksanakan peraturan baharu kepada semua jentera untuk kelihatan lebih agresif bermula 2017.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");