Berita Hari Ini

Objek disahkan bukan milik pesawat MH370

BANDA HILIR – Satu daripada dua objek kecil yang ditemui di Pulau Maldives, awal Ogos lalu disahkan bukan pesawat MH370 yang hilang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun berkata, satu lagi objek sedang dalam proses kajian selepas serpihan bersaiz tapak tangan itu dibawa pulang ke negara ini oleh pasukan penyiasat.

“Pasukan penyiasat membawa balik dua serpihan berkenaan dan mengesahkan salah satunya bukan kepunyaan bahan kapal terbang, sementara satu lagi dalam proses kajian,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, misi pencarian melibatkan tiga negara, Malaysia, Australia dan China itu juga akan diteruskan di dasar Lautan Hindi bagi mencari kotak hitam dan bangkai pesawat MH370.

“Mesyuarat bagi tiga negara ini dijangka berlangsung awal September bagi menentukan semula kawasan pencarian pesawat terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman pengasas MCA, mendiang Tun Tan Cheng Lock di Jonker Walk, di sini, semalam.

Tiong Lai berkata, beliau sedang menunggu hasil siasatan yang dimuktamadkan pasukan penyiasat mengenai laporan nahas MH17 dan akan menyatakan pendirian negara selepas didedahkan kepada umum, awal Oktober ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Presiden MCA itu berkata, parti itu tidak menggalakkan rakyat khasnya ahli mereka menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara, semalam.

“Saya rasa Ketua Pemuda MCA (Chong Sin Woon) juga sudah menjelaskan dia akur dengan pendirian parti.

“Kita harus menghormati keamanan dinikmati dalam negara berbilang kaum dan harmoni,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");