Jenayah

Padah lupa matikan api

PARIT BUNTAR – Gara-gara terlupa menutup api dapur gas menyebabkan bahagian dapur rumah milik sebuah keluarga musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Damai 3, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Parit Buntar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi selepas anak kepada pemilik rumah berusia 14 tahun menggoreng kentang di dapur.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua yang tinggal berseorangan ketika itu telah meninggal dapur untuk ke ruang tamu sementara menunggu kentang siap digoreng.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan terlupa dan hanya menyedari keadaan itu setelah terhidu bau asap yang kuat dari dapur.

“Mangsa difahamkan segera ke dapur namun terkejut melihat api dari dapur gas sudah marak menjulang ke bahagian siling,” katanya kepada media di sini semalam.

Jurucakap bomba berkata, ketika kejadian kedua-dua ibu bapa mangsa yang bekerja sebagai guru tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Jelasnya, mangsa segera menjerit meminta tolong kepada jiran setempat dan orang awam membantu menghubungi JBPM Parit Buntar bagi memaklumkan kejadian itu.

“Kami bergegas ke rumah mangsa dan mendapati hampir keseluruhan bahagian dapur rumah terjejas teruk.

“Dalam masa 15 minit, kami berjaya memadamkan kebakaran berkenaan dan keseluruhan jumlah taksiran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");