Perak Hari Ini

Seramai 10,000 Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan Datoh

BAGAN DATOH: Seramai hampir 10,000 tetamu yang terdiri daripada pelbagai bangsa telah hadir untuk memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Bagan Datoh yang diadakan di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis turut sama hadir dalam majlis yang berlangsung di Wisma UMNO Bagan Datoh di sini.

2

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob juga turut tidak melepaskan peluang untuk hadir ke majlis tersebut.

Beliau sebelum itu telah merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh.

Semua tetamu yang hadir turut dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya sate, nasi impit kuah kacang, cucur udang, soto, lemang serta rendang ayam.

14

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan lagu raya oleh artis yang dijemput khas ke majlis tersebut.

Orang ramai turut tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri yang baharu berkenaan.

Dalam majlis itu juga, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.

12

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");