Panasnya Hari Ini

PAS Sasar 60,000 Ahli Hadir Tunjuk Solidariti

KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan penyertaan seramai 60,000 ahlinya dalam himpunan besar-besaran bagi menunjukkan sokongan ahli kepada parti tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh berkata, himpunan itu dijangka bakal diadakan di Kuala Lumpur atau Selangor.

“Kita tahu PAS mempunyai masalah ada ahli kacau dari dalam. Isu Gerakan Harapan Baru (GHB). Kita tahu payah nak selesai. Sebab itu saya saran siapa nak keluar, maka keluarlah. Sebab itu penyelesaian.

“Tujuan (himpunan) menghimpunkan ahli dan penyokong PAS seluruh Negara adalah untuk beri kekuatan kepada kami di peringkat pimpinan, ahli-ahli seluruh Negara untuk terus komited dengan PAS,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas situ lagi, PAS turut yakin mampu mencapai sasaran untuk mengumpulkan seramai 60,000 ahlinya iaitu meliputi keempat-empat sayap parti itu yang terdiri daripada Pemuda, Ulama, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Katanya lagi, himpunan itu juga bertujuan untuk meyakinkan rakyat Malaysia dan ahli PAS sendiri bahawa parti itu mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan mudah dan cepat.

“Hari ini orang anggap isu ini akan panjang sampai Pilihanraya Umum 14 (PRU-14). Saya yakin isu ini takkan lama. Pemuda yakin bulan 12 akan selesai,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");