Perak Hari Ini

Mahathir Hanya Perlukan RM10 Juta Untuk Pilihanraya Tidak Munasabah-PM

GERIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa hanya sejumlah RM10 juta sahaja diperlukan untuk menghadapi pilihanraya umum.

Najib berkata,’kritikan’ yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri itu tidak dibuat berdasarkan fakta.

“Baru-baru ini saya baca blog chedet (chedet.com.my). Chedet kata pilihanraya 1999 dia hanya perlukan hanya RM10 juta sahaja.

“Saya congak dan ingin beritahu tuan-tuan bahawa dalam pilihanraya 1999 kita telah bertanding 193 Parlimen dan 394 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PERAK TODAY 15

“Kalau kita ambil deposit RM5,000 dan kempen belanja RM100,000 sepertimana tertakluk mengikut undang-undang di peringkat Parlimen dan di DUN deposit sebanyak RM3,000 dan belanja kempen hingga RM50,000, semuanya sekali ialah RM41.14 juta.

“Itu belanja calon. Belanja parti sebelum pilihanraya belum masuk lagi,”katanya ketika berucap bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik, di sini, petang tadi.

Katanya lagi, fakta yang dikatakan melalui blog tersebut adalah tidak munasabah dan beliau perlu memperbetulkan semula fakta tersebut.

Terdahulu, Mahathir menerusi blognya juga mendakwa beliau hanya memerlukan kurang dari RM10 juta bagi memenangi pilihanraya yang dipengerusikan oleh beliau.

Dalam ucapannya juga, Perdana Menteri turut menasihatkan semua pihak seharusnya berbicara berdasarkan fakta.

PERAK TODAY 16

“Kalau kita nak bercakap, mestilah bercakap atas fakta yang benar. Barulah boleh mengelak daripada orang kita termenung. Saya tak nak ahli UMNO termenung berfikir betul tak betul.

“Kalau nak kritik, kritiklah, tapi mesti berfakta. Kalau tak betul, saya terpaksa betulkan,”katanya.

Najib turut menegaskan bahawa selaku Presiden parti, beliau tetap meneruskan pentadbirannya mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

“Percayalah, apa yang saya buat sebagai Presiden parti, saya tetap mengikut lunas undang-undang dan saya tidak langgar undang-undang Negara,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");