Sukan Hari Ini

‘Pedro tetap sahabat kami…’

Tbilisi, Georgia: Pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta tidak mahu menerima hakikat kemungkinan rakan sepasukan kebangsaan Sepanyol, Pedro Rodriguez meniti hari-hari terakhir sebagai pemain Barca.

Pedro kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sebelum jendela perpindahan pemain ditutup hujung bulan ini selepas menyaksikan peluangnya beraksi dalam pasukan utama agak terhad berikutan kehadiran Neymar dan Luis Suarez sejak dua tahun lalu.

Namun, pemain berusia 28 tahun itu dijangka turun pada perlawanan Piala Super Eropah menentang Sevilla awal pagi tadi selepas Neymar diketepikan selama dua minggu kerana menghidap beguk.

“Sehingga hari ini kami tidak memikirkan akan kehilangannya,” kata Iniesta sebelum perlawanan di ibu negara Georgia, Tbilisi.

“Dia tetap akan menjadi rakan sepasukan kami dan dia di sini untuk memenangi kejuaraan pertama (musim ini). Harapnya, sebagai rakan sepasukan dan seorang pemain dia boleh terus bersama kami kerana dia seorang pemain bertaraf dunia.”

Dani Alves menolak peluang berpindah dari Barcelona ke Old Trafford awal musim panas ini selepas menandatangani kontrak baru dua tahun bersama juara Eropah itu dan berkata, dia faham sekiranya Pedro terpujuk dengan tawaran lumayan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

“Ia keputusannya dan dia perlu memutuskan mengikut kata hatinya,” kata pemain Brazil itu.

“Jika dia kekal kami pasti gembira dan jika dia pergi, kami perlu menghormati keputusannya.”

Sama ada pemenang Piala Dunia dan Euro itu kekal atau sebaliknya, dengan Barca tidak boleh mendaftar pemain baru hingga Januari ini, bos Barca, Luis Enrique amat berharap jendela perpindahan ditutup segera.

“Seperti mana-mana jurulatih, saya mahu semua pemain saya bagi sepanjang musim,” katanya.

“Kami sudah banyak memperkatakan mengenai Pedro dan ada jalan penyelesaian mengenainya kerana pasaran perpindahan akan tutup tidak lama lagi.”

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");