Jenayah

Tujuh dicekup leka berjudi atas talian

JOHOR BAHRU: Tujuh individu yang sedang asyik bermain judi berkomputer dicekup dalam satu serbuan di premis rumah kedai, di sini, kelmarin.

Kesemua suspek berusia 27 hingga 45 tahun ditahan di Taman Perling, di sini ketika didapati tekun bermain judi atas talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata turut ditahan seorang wanita dipercayai isteri kepada juruwang perniagaan selain lima yang lain adalah pelanggan di situ.

Dalam serbuan jam 9.50 malam itu, polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai digunakan bagi tujuan aktiviti perjudian.

“Antara barangan yang dirampas ialah sebuah komputer riba, sembilan buah komputer, sebuah televisyen, dua buah modem, lima buah meja boleh lipat dan wang tunai sebanyak RM1,170,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");