Jenayah

Pelajar tingkatan 2 maut nahas

TANAH MERAH: Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 1, Jalan Gual Ipoh-Tanah Merah, Kampung Kubang Gali, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, Muhammad Aiman Mohamad Abdul Khozil dari Kampung Tepi Sungai, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu membabitkan sebuah motosikal Honda C70 ditunggangi mangsa dan kereta Toyota Altis yang datang dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa yang datang arah Tanah Merah ke Machang dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Nahas menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta berusia 44 tahun tidak cedera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

“Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");