Sukan Hari Ini

Pemain leka punca The Cops kecundang

PENGENDALI Polis Diraja Malaysia (PDRM), Fauzi Pilus berkata, kelekaan pada minit terakhir perlawanan antara punca pasukannya tewas 0-1 kepada Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kelmarin.

Beliau bagaimanapun memuji pemainnya kerana mempamerkan corak permainan menarik sepanjang perlawanan sambil mengakui skuad Penyu berhak untuk meraih kemenangan.

“Walaupun kita bertahan dan menyerang dengan baik tapi nasib tetap menyebelahi pasukan lawan yang tidak pernah berputus asa untuk memburu gol. Tahniah untuk Terengganu dan mereka berhak untuk menang.

“Apa pun, saya tetap berpuas hati dengan karakter pemain saya yang semakin bertambah baik, corak bertahan dan menyerang pemain semakin meningkat dan itu yang kami ingin dari pemain selama ini,” katanya.

Dalam perlawanan itu, jaringan tunggal penyerang import Terengganu, Issey Nakajima-Farran pada minit ke-81 menyekat harapan The Cops untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Fauzi berkata, mereka tetap bersemangat untuk meneruskan perlawanan terakhir liga dengan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sabtu ini.

“Perjuangan akan diteruskan dengan harapan ia akan diakhiri dengan kemenangan,” katanya.

Selepas 21 perlawanan, PDRM kini menghuni tangga keenam liga dengan 32 mata hasil 10 kemenangan, dua seri dan sembilan kekalahan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");