Perak Hari Ini

Rawatan Methadone Berjaya Kawal Kes Penagihan Dadah

IPOH: Program Rawatan Methadone yang diperkenalkan di negeri ini sejak tahun 2006 telah menunjukkan impak postif apabila bilangan kes HIV baru dikalangan penagih dadah berjaya dikurangkan secara konsisten saban tahun.

Menurut Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan Program Rawatan Gantian Dadah dengan menggunakan Methadone sejak tahun 2005 di Malaysia bagi merawat penagihan dadah jenis Opiate.

“Program ini merupakan sebahagian daripada method yang digunakan untuk mengawal tramisi HIV melalui amalan berisiko seperti perkongsian jarum suntikan dikalangan penagih.

“Program ini juga disasarkan dapat mengawal jangkitan HIV di kalangan penagih dadah jenis suntikan dan pasangan seksual mereka,” katanya ketika menjawab soalan lisan yang diajukan oleh Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang masuk hari keempat hari ini.

Tambahnya lagi, melalui pendekatan tersebut telah berjaya mengurangkan kadar kes tersebut iaitu sebanyak 191 kes pada tahun 2006 berkurangan kepada 20 kes sahaja pada tahun 2014.

“Kadar pengekalan pesakit mengikuti program ini melebihi 70 peratus seperti yang disasarkan dan boleh dikategorikan sebagai telah ‘pulih’ iaitu seramai 3,054 bekas penagih dadah telah pulih dari masalah penyalahgunaan dadah.

“Sehingga penghujung tahun 2014, peratus ‘pulih’ bagi bekas penagih dadah yang sedang mengikuti Program Metadon di negeri ini secara aktif ialah sebanyak 87.5 peratus,” katanya.

Ujarnya lagi, program Methadone ini telah memberikan kesan yang negatif kepada penagih dadah malah ia menunjukkan kesan yang terbukti berkesan di beberapa negara seperti Australia, United Kingdom dan Hong Kong.

“Kaedah terapi ini turut disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) UNAIDS dan United Nation Office on Drug and Crime (UNODC) sebagai satu strategi untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV.

“Ia juga berkesan mengurangkan penggunaan dadah heroin dan morfin, aktiviti jenayah dan kematian akibat pengambilan dadah secara berlebihan atau ‘drug overdose,” katannya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");