Perak Hari Ini

Pemimpin UMNO, BN Perlu Bekerjasama Untuk Kuat – Ahmad Zahid

SUNGAI SIPUT: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua pemimpin dalam UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerjasama dan menyelesaikan masalah yang berlaku secara ‘adik beradik’.

6

Katanya, dengan melakukan perkara sedemikian, UMNO dan BN akan menjadi lebih kuat.

“Kalau kita bekerjasama elok-elok antara pemimpin-pemimpin UMNO, antara pemimpin-pemimpin dalam parti komponen BN, kita selesaikan masalah secara adik-beradik, kita akan kuat.

“Kita akan kuat untuk menyokong calon-calon kita sama ada dari UMNO, MIC, MCA atau parti-parti komponen lain, saya yakin parti BN akan kuat,” katanya.

10

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput, petang tadi, di sini.

Beliau turut mengingatkan kepada semua ahli-ahli parti BN supaya menolong dan menyokong calon BN yang bertanding di suatu kawasan ketika pilihanraya.

20

“UMNO adalah tulang belakang dalam BN dan kita mahu berkongsi kuasa. Maka kita sanggup beri kerusi itu kepada rakan-rakan dalam BN.

“Parti-parti komponen dalam BN, yang tidak bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi UMNO, wajib menolong calon-calon BN, wajib menggerakkan jentera sebab ini adalah kerjasama antara semua parti komponen,” tegasnya.

Dalam majlis perasmian itu tadi, Ahmad Zahid turut menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh veteran UMNO.

19

Beliau turut melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tiga kali sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2015 yang berlangsung esok dan disambut semua perwakilan yang hadir.

24

Selain itu, beliau turut mendengar ucapan ikrar ahli UMNO Bahagian Sungai Siput yang diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");