Panasnya Hari Ini

Peserta Bersih 4 Mungkin Bertembung Dengan Aktivis Pro-Najib

KUALA LUMPUR: Peserta Himpunan Bersih 4 dijangka akan bertembung dengan satu lagi kumpulan yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Ogos ini.

Kumpulan aktivis yang menggelar ‘Gabungan NGO-NGO Malaysia’ turut berkata, mereka akan berkumpul dihadapan rumah pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah jika Bersih 4 diteruskan.

“Jika mereka gagal berbuat demikian, Bersih 4 akan berdepan dengan lebih 30,000 orang yang menolak perhimpunan tersebut.

“Kami juga tidak teragak-agak mengumpulkan 6,000 hingga 7,000 orang untuk berkumpul dan berniaga di depan rumah Maria Chin,” kata pemimpin aktivis tersebut, Datuk Jamal Md Yunos, memetik laporan MalaysiaKini.

Katanya lagi, langkah itu merupakan sebahagian daripada cubaan untuk memberi tekanan kepada Bersih 4 yang akan diadakan kira-kira seminggu lebih sahaja lagi.

Terdahulu, sebuah perhimpunan dilaporkan telah berlangsung di hadapan sebuah pusat membeli belah, di sini, untuk menggesa supaya pihak polis menghalang perhimpunan Bersih 4.

Jamal turut berkata, pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur  Bersih 4 berikutan penganjuran himpunan tersebut sebelum ini telah menjejaskan keamanan dan mencalarkan imej nfegara di mata dunia.

Beliau turut menggesa supaya pihak penganjur mendedahkan dana yang mereka perolehi untuk menganjurkan perhimpunan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");