Jenayah

Tiga rakan didakwa samun, cabul

SEREMBAN: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban di sini, semalam atas pertuduhan samun, pecah rumah, curi dan cabul, sejak tahun lalu.

Tertuduh, S Saravanan, 25, berdepan enam pertuduhan, A Selvanathan, 38, (satu pertuduhan) dan S Manimaran, 25, (tujuh pertuduhan) bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen, mereka bersama-sama melakukan rompakan bersenjatakan parang terhadap R Kuhashvini, 20, di rumahnya di Seremban 3, di sini, pada 31 Julai 2014 dengan melarikan kereta Perodua Myvi, televisyen LCD, komputer riba, telefon bimbit, iPad dan wang tunai RM300 milik mangsa.

Manakala Saravanan dan Manimaran turut berdepan dua lagi pertuduhan samun terhadap dua wanita berusia 59 dan 62 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik, Bandar Baru Nilai, di sini, pada 29 Jun lalu.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Kamarudin Kamsun membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin masing-masing RM15,000 bagi pertuduhan pertama dan RM15,000 bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Saravanan dan Manimaran didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan mencuri di rumah di Taman Bunga Blossom dan Taman Bukit Labu, di sini, pada 20 Julai dan 27 Julai lalu.

Manimaran turut berdepan dua lagi pertuduhan berbeza mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan iaitu menghapuskan rantai emas curi dan Seksyen 448 kanun sama kerana melakukan pencerobohan jenayah.

Sementara itu, Saravanan pula berdepan pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun di sebuah rumah di Taman Seremban 3, antara jam 1.30 petang hingga 2.45 petang, pada 31 Julai tahun lepas.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");