Jenayah

Polis jejak 3 individu terlibat curi kenderaan

KUALA KRAI: Polis sedang menjejaki tiga individu dipercayai terlibat kes curi kenderaan yang melarikan diri dalam kejadian di Dabong kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Mereka ialah Ghapi Muhamad, 48, beralamat di Kampung Biak, Dabong, mempunyai rekod lampau curi kenderaan, Roslan Harun, 41, dari Taman Pemuda Wakaf Stan dan seorang wanita dipercayai dari Thailand, Miss Rusnah Cheda-Oh, 36.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, orang ramai yang mengetahui tempat persembunyian mereka dikehendaki menghubungi balai polis berhampiran.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, menerima maklumat orang awam mengenai kejadian curi sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux nombor pendaftaran DCN 5836 di kawasan bandar ini menuju ke Dabong.

“Anggota Balai Polis Dabong dimaklumkan perkara itu, sementara anggota JSJ dan Task Force IPD Kuala Krai menghala ke Dabong.

“Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan kenderaan Toyota Hilux terbabit, yang diekori sebuah kereta Proton Wira nombor pendaftaran PEM 8076, dipercayai rakan yang turut terlibat dengan jenayah,” katanya.

Abdullah berkata, polis cuba menyekat kenderaan terbabit di Jambatan elawang tetapi tidak berjaya.

“Tiba di kawasan Gua Chatok Dabong, polis menahan kenderaan PEM 8076 namun, individu terbabit yang melibatkan dua lelaki dan dua perempuan melarikan diri ke dalam semak.

“Bagaimanapun, seorang wanita berjaya ditangkap dan membawa polis ke tempat Toyota Hilux terbabit dicuri di Kampung Seri Jaya,” katanya.

Wanita yang berjaya ditangkap, Ranuza Mohamad dari RPT Biak A, Dabong, ditahan empat hari bagi membantu siasatan sehingga 26 Ogos.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Abdullah merakamkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan kejadian kepada polis dan pihaknya sentiasa mengharapkan bantuan orang awam untuk membanteras jenayah.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");