Sukan Hari Ini

Man City Benam Everton, Kekal Rekod Tanpa Kalah

LIVERPOOL: Manchester City mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut pada kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Everton 2-0, awal pagi Isnin.

Gol Manchester City dijaringkan Aleksandar Kolarov pada minit ke-60 diikuti jaringan lewat permainan Samir Nasri ketika perlawanan berbaki dua minit.

Bekas pemain Liverpool, Raheem Sterling menjadi perancang kepada jaringan Kolarov.

Nasri yang masuk pada babak kedua turut berjaya menjinakkan penjaga gol Everton, Tim Howard hasil percaturan menariknya bersama Yaya Toure.

City sebelum ini menewaskan West Bromwich Albion pada perlawanan pembukaan liga sebelum membelasah Chelsea 3-0, minggu lalu.

Kemenangan tersebut menyaksikan City ketika ini menerajui takhta liga selepas mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Everton pula menduduki tangga ketujuh liga dengan mengutip empat mata.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");