Panasnya Hari Ini

PROTON Perkenal Saga Plus

KUALA LUMPUR: PROTON Holding Sdn Bhd (PROTON) kini memperkenalkan satu lagi model terbaharu iaitu Saga Plus dengan memberi lima perubahan luaran berbanding model PROTON Saga sebelum ini.

Saga Plus merupakan model terbaharu daripada PROTON untuk menggantikan Saga Eksekutif dan SE dan model baharu ini, ianya akan menyediakan lebih nilai kepada pengguna.

Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, ‘The Plus’ mencerminkan ciri-ciri tambahan kepada model Saga SV yang sedia ada di pasaran. Model baharu ini membawa bahagian luar Saga Eksekutif, tetapi mengekalkan harga Saga SV.

Saga Plus_Side View B

“Ini bermakna, tiada kenaikan harga untuk Saga Plus walaupun mempunyai penampilan yang lebih baik,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Saga Plus menggunakan enjin 1.3L Campro IAFM dan boleh didapati dalam pemanduan manual dan transmisi pemanduan CVT.

Antara lima pembaharuan yang terdapat pada Saga Plus ini adalah 14’ inch alloy rims, full body kit, spoiler, rear gamish body colour dan lambang ‘Plus’ pada badan kereta.

Saga Plus_Rear View

Dengan harga serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit, pembeli boleh menempah Saga Plus tersebut di semua ruang pameran PROTON seluruh negara bermula dari 15 Ogos 2015.

“Saga Plus direkabentuk bukan sahaja untuk mereka yang mempunyai keluarga yang kecil, tetapi juga kepada golongan belia serta eksekutif muda yang baru sahaja memasuki pasaran pekerjaan,” kata Harith.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");