Membawang Hari Ini

Penangan Akim & The majistret

Hujan lebat tidak menghalang peminat Akim & The Majistret terus setia menonton Konsert Patriot Akim & The Majistret Yeo’s I Love Malaysia di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Konsert anjuran Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) dengan kerjasama Harian Metro itu bersempena Hari Kemerdekaan negara ke-58 dihadiri lebih 2,000 penonton.

Sebelum ini, Akim & The Majistret berhasrat mengadakan konsert bagi mempromosikan album Patriot dan ia berjaya direalisasikan selepas ‘dilamar’ Yeo’s.

Konsert yang bermula pada jam 8.45 malam itu menyaksikan kumpulan Precious tampil sebagai pembuka tirai. Menyampaikan lagu medley Timber dan Falling In Love, Precious tampil lincah di atas pentas.

Kumpulan itu mengakhiri persembahan dengan lagu Rasa Sayang dan giliran penyanyi, Alinda pula menghiburkan penonton dengan lagu Tamil berjudul Soi Soi serta Aaja Nachle.

Kemunculan Akim & The Majistret di atas pentas pada jam 9.45 malam mendapat tepukan gemuruh peminat. Band yang diang–gotai Akim, Gjie, Zimie, Fairuz, Freddy dan Hafiz itu memulakan persembahan denga lagu Patriot diikuti Terlalu Indah dan lagu tema kempen Yeo’s Jinggle Song.

Akim tidak ketinggalan beramah mesra dengan penonton dan mengajak peminatnya ke lokasi konsert berikutnya iaitu di Kuala Terengganu pada 5 September ini.

Suasana semakin hangat apabila band itu mempersembahkan single terbaru berjudul Obses dan disusuli lagu hit, Potret.

Pesembahan diakhiri dengan lagu patriotik, Tanggal 31 yang menyaksikan band itu berkolaborasi dengan Precious dan Alinda.

Akim & The Majistret kemudian membuat tiga cabutan bertuah yang melayakkan penonton bertuah membawa pulang hadiah utama televisyen 50 inci dan telefon pintar jenama Samsung.

Konsert berkenaan diserikan lagi dengan kehadiran penyampai radio Hot FM, AG serta Aaron Pereira selaku pengacara.

Saksikan persembahan Akim & The Majistret di konsert jelajah seterusnya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 5 September ini, Dataran Daesoka, Gaya Street, Kota Kinabalu (12 September), Padang Merdeka, Kuching (15 September) dan Pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (19 September).

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");