Sukan Hari Ini

Sapura tebus kecewa

Kuala Lumpur: Sapura menebus kekecewaan tewas mudah di tangan juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) Ahad lalu apabila menang 3-2 ke atas Maybank pada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) malam tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan Sapura berpeluang cerah untuk kekal konsisten menamatkan saingan liga di tempat ketiga di belakang KLHC serta THT apabila mengumpul 13 mata ketika saingan berbaki dua perlawanan.

“Memang kami menang tipis tapi bagi saya yang penting meraih tiga mata penuh.

“Peluang untuk bersaing dengan dua pasukan teratas iaitu KLHC dan THT nampaknya agak mustahil.

“Jadi kami hanya fokus untuk meneruskan momentum mempertahankan kedudukan ketiga ketika saingan berbaki dua perlawanan lagi,” kata ketua jurulatih Tai Beng Hai selepas tamat perlawanan.

Sapura di depan seawal minit ke-13 menerusi jaringan padang Norsyafiq Sumantri.

Namun usaha Maybank untuk menyamakan kedudukan akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan padang Muhammad Hafiz Zainol pada minit ke-40.

Namun Sapura yang mendapatkan khidmat beberapa pemain ternama musim ini kembali di depan menerusi pukulan sudut penalti Mohd Zulhairi Hashim seminit kemudian.

Kapten Sapura Azreen Rizal Nasir menjadikan kedudukan 3-1 menerusi gol padang minit ke-50.

Ahmad Kazamirul Nasruddin merapatkan jurang pada minit ke-52 untuk Maybank tetapi ia sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Sapura.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");