Sukan Hari Ini

Terbuka Taiwan: Lima wakil kita terus mara

KUALA LUMPUR – Pada ketika barisan pemain badminton kebangsaan satu persatu disingkirkan, Chong Wei Feng menyelamatkan maruah badminton negara dengan muncul wakil tunggal melangkah ke pusingan ketiga Grand Prix (GP) Terbuka Vietnam semalam.

Tampil selaku pilihan ke-10 kejohanan, Wei Feng bermandi peluh untuk menumpaskan Heo Kwan Hee dari Korea Selatan 21-19, 16-21, 18-21.

Pemain berusia 28 tahun itu bakal berdepan pemain tuan rumah Nguyen Tien Minh di Stadium Nguyen Du, Ho Chi Minh City hari ini.

Zulfadli Zulkifli serta Mohamad Arif Abdul Latif tersungkur di pusingan kedua setelah masing-masing tewas kepada pemain Indonesia, Ginting Anthony (16-21, 12-21) dan Shreyansh Jaiswal dari India (16-21, 21-19, 15-21).

Kemaraan Wei Feng diiringi pilihan ketiga Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Choo yang bakal bertemu pasangan Taiwan, Chen Hsiao Huan-Huang Mei Ching.

“Misi kami esok (hari ini) adalah untuk mengalahkan pasangan Taiwan. Kami tak tahu cara permainan mereka sebab belum pernah bertemu sebelum ini,” kata Amelia ketika dihubu­ngi, semalam.

Perseorangan wanita pertama negara Tee Jing Yi pula akan berdepan Porntip Buranaprasertsuk dari Thailand manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bertemu Lin Chia Yu-Wu Hsiao-Lin dari Taiwan dalam beregu lelaki dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying lawan pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto dalam acara beregu campuran.

– S http://www.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");