Panasnya Hari Ini

Sokong Pembangkang, Jika Dasar Tidak Diubah

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Masyarakat Orang Asli di negara ini menggesa agar Barisan Nasional (BN) mengubah dasar yang sedia ada kerana ianya kini dilihat tidak lagi selari dan menepati kehendak masyarakat orang Asli.

Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon menegaskan bahawa masyarakat itu sedia untuk berpaling tadah dan menyokong parti pembangkang pada pilihanraya umum akan datang sekiranya kerajaan masih tidak mengubah dasar tersebut.

“Cara kerajaan BN tadbir negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan dilihat tidak lagi sesuai dengan masyarakat orang Asli.

“Bagi saya, Orang Asli akan menyokong pembangkang dan kebanyakkan mereka lebih cenderung menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika diberi pilihan.

“Ini kerana kerajaan yang diperintah pembangkang seperti di Selangor dan Pulau Pinang lebih baik berbanding kerajaan BN,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera menjelaskan isu derma RM2.6 billion atau sokongan terhadap beliau akan beralih arah.

Yusri turut berkata, kegagalan Najib memberi penjelasan tentang isu tersebut telah menggugat kepercayaan orang Asli kepada kerajaan BN.

Tambahnya lagi, masyarakat tersebut turut berpendapat bahawa dana politik yang didakwa telah disumbangkan seorang pemimpim negara Arab itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.

“Seharusnya duit derma itu mesti dimasukkan ke dalam akaun organisasi atau parti dan bukan kepada individu.

“Sekiranya orang lain yang berbuat demikian, bukankah ia akan menjadi isu besar,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");