Perak Hari Ini

Tapestry Jelajah KL, Ipoh dan Pulau Pinang

IPOH: Tapestry, sebuah kumpulan nyanyian yang mempersembahkan lagu menerusi gaya a capella akan memulakan siri jelajahnya pada Ogos ini dan berakhir pada Oktober depan.

Siri jelajah Tapestry On Tour In The Living Room Sessions telah bermula di Otherwise Café, Petaling Jaya pada 22 dan 23 Ogos lalu dan kesemua tiket telah habis dijual.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2012 itu juga akan menampilkan lagu-lagu baru dan beberapa lagu lama yang menjadi kegemaran peminat untuk dipersembahkan dengan gaya yang lebih santai.

Kumpulan pemuzik tanah air ini telah menghasilkan tiga rancangan semenjak penubuhan mereka iaitu Krismas Tapestry (2012), Stereo & Popcorn (2013) dan Human After All (2014).

Dengan kepelbagaian muzik yang berjaya dihasilkan, kumpulan ini turut dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai majlis termasuklah di Konsert Aubrey Suwito pada tahun lalu,”Christmas in the Sun’ selain daripada membuat persembahan sempena KL International Arbitration Week Gala Dinner, Mei lalu.

Tapestry baru sahaja mengadakan persembahan di World Vision’s 30-Hour Famine Countdown pada bulan ini.

Tapestry akan membuat persembahan di VCR Café, Kuala Lumpur pada 11 September, Sarang Paloh Heritage Hotel, Ipoh pada 9 Oktober dan SINKEH, Pulau Pinang, 10 Oktober 2015.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan persembahan memukau daripada Tapestry ini boleh membeli tiket dengan harga RM35 di www.wearetapestry.com.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");