Sukan Hari Ini

‘Saya sudah sedia’

New York: Pemain nombor satu dunia, Serena Williams sedar dengan tekanan yang bakal dihadapinya di Terbuka AS, tetapi dia tahu bahawa perasaan itu adalah harga yang perlu dibayar selepas mendominasi generasi tenis wanita ketika ini.

Pemain Amerika Syarikat berusia 33 tahun itu yang merangkul gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka AS 1999 pada usia 17 tahun, dijangka mampu melengkapkan kejayaan Grand Slam dalam tahun sama sejak Steffi Graf melakukannya pada 1988 dengan memenangi kejohanan utama ke-22 sepanjang kariernya apabila Terbuka AS bermula di New York hari ini.

“Saya lebih suka dengan tekanan untuk bergelar juara berbanding tekanan kerana tidak menang,” kata Serena. “Tidak semua mampu menangani tekanan itu, tetapi saya tidak ada masalah dengannya.

“Saya sudah sedia. Saya sedia berdepan apa saja pada kejohanan itu nanti,” kata Serena. “Saya tidak peduli jika saya menang, kalah atau apa. Saya sudah sedia memulakan kejohanan itu atau kejohanan lain.”

Serena mahu memburu gelaran Terbuka AS buat kali keempat berturut-turut selepas turut menjuarai Terbuka Perancis, Terbuka Australia dan Wimbledon selain kejohanan gelanggang keras di Miami dan Cincinnati.

“Ia memberikan saya keyakinan untuk sedar mengenai apa yang saya usahakan sejak kebelakangan ini dan pada kejohanan pemanas badan sebelum Terbuka AS, saya mengharunginya dengan baik,” katanya.

“Ia juga menyedarkan saya mengenai apa rasanya apabila menang dan saya sukakan perasaan itu.”

Serena sudah mengumpul enam gelaran Wimbledon, Terbuka AS dan Australia serta tiga Terbuka Perancis dan hanya satu lagi gelaran bagi membolehkan dia menyamai rekod catatan Steffi Graf di Era Terbuka (sejak 1968).

Belum pernah sejak Steffi memenangi Terbuka Australia 1989, ada pemain lain yang mampu memenangi lima gelaran Grand Slam berturut-turut kecuali Serena.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");