Membawang Hari Ini

Teruja pikat jenama teh

Pelakon dan pengacara jelita ini mengakui populariti yang dikecapinya hari ini bukan semudah disangka.

Untuk sampai ketahap ini Neelofa perlu berdepan pelbagai cabaran dan berkorban masa dan tenaga.

Namun, kata bintang berusia 26 tahun ini, menjalani rutin harian yang padat dengan pelbagai komitmen peribadi dan kerjaya adalah kunci kejayaannya sekarang.

Buktinya, pengacara rancangan MeleTop ini bukan saja popular sama ada menerusi rantaian kisah pencapaian atau usikan kontroversi, malah turut menjadi wajah pelbagai produk.

Terbaru, profil menarik dimiliki pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini memikat jenama teh Heaven and Earth untuk melamarnya sebagai duta jenama itu.

Dalam sesi temu ramah baru-baru ini, Neelofa berkata, tawaran berkenaan adalah peluang yang dicari-carinya selama ini.

“Sejak dulu saya mahu menjadi duta mewakili produk minuman. Ada beberapa jenama pernah merisik tapi kurang menarik perhatian saya.

“Namun, berlainan dengan teh Heaven and Earth, minuman dan perisa yang ditawarkan itu sendiri menarik minat saya untuk bekerjasama dalam kempen itu,” katanya.

Bercerita lanjut, Neelofa berkata, dia seronok dengan kontrak produk ini yang fleksibel dan memberikan faedah kepadanya dan teh Heaven and Earth.

“Walaupun kempen dilakukan secara besar-besaran, mereka cukup bertolak-ansur dan komitmennya tidak membebankan langsung.

“Paling penting, kita hendak tembusi minda dan selera masyarakat terhadap jenama teh Heaven and Earth,” katanya yang mengikat kontrak selama enam bulan.

Dalam pada itu, dia berharap pemilihan sebagai duta jenama itu membantu menjana penjualan dan kesedaran umum mengenai minuman berkenaan.

“Saya harap pengguna yang tidak kenal dengan jenama teh Heaven and Earth sebelum ini akan mencuba dan menjadikan minuman itu kegemaran mereka.

“Semoga semua peminat saya juga akan mencuba minuman ini sebab saya tak bohong perisa yang ditawarkan semua sedap belaka,” katanya yang turut menggemari perisa buah markisa.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");