Isu Panas

Tidak tahu mengenai akuan bersumpah

SHAH ALAM – Beberapa ahli parlimen pembangkang langsung tidak mengetahui mengenai surat akuan bersumpah untuk menumbangkan kerajaan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau sendiri tidak mengetahui isu seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

“Saya baru tahu apabila awak (wartawan) beritahu saya mengenai berita ini.

“Saya langsung tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai hal ini,” katanya, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seon berkata, beliau tidak didatangi oleh mana-mana ahli parlimen untuk membincangkan perkara tersebut.

“Ini adalah satu berita baru. Saya juga ingin tahu, ahli parlimen mana yang melakukan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, dakwaan yang dilakukan oleh Zahid Hamidi itu adalah tidak benar.

“Saya ingin tegaskan bahawa sebagai ahli parlimen, kita mengangkat sumpah untuk mempertahankan prinsip demokrasi yang digariskan dalam Perlembagaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");