Jenayah

Tiga Ibu Hamil, Bayi Umur Sehari Diselamatkan

SHAH ALAM: Tiga wanita hamil dan seorang bayi berusia sehari berjaya diselamatkan Pasukan Khas dan Jenayah Terancang (Staffoc) Bukit Aman Bahagian Anti Pemerdagangan Orang (Atip) di Rawang, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, pihak polis berjaya menumpaskan sindiket itu dengan menahan tiga individu terlibat.

“Syabas Staffoc @PDRMsia..,” tulisnya.

Sebuah akhbar tempatan hari ini turut melaporkan kewujudan ‘pasar bayi’ di mana sebuah ‘pusat kebajikan’ haram di pinggir kota menjadikan bayi dalam kandungan gadis atau wanita terlanjur sebagai barang dagangan.

Menurut laporan itu, anak dalam kandungan dijual dengan harga RM9,500.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");