Sukan Hari Ini

Tok Gajah terkilan tewas hujung saingan

PENGENDALI Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan ternyata tidak mampu melindungi kekecewaannya berikutan kegagalan Pahang muncul juara liga Super musim ini selepas ditundukkan Terengganu 3-1, kelmarin.

Jelas Zainal, pemainnya berdepan misi berat meraih kemenangan sehingga kehilangan fokus dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Memang tidak dinafikan hari ini (kelmarin) kami cuba buat sejarah, nak kejar kejuaraan sehingga pemain begitu tertekan.

“Bukan mudah nak menang di tempat lawan. Misi kami besar tetapi kami melepaskan gol yang tidak sepatutnya. Ini yang lebih mengecewakan,” katanya.

Dalam aksi itu, Pahang dikejutkan dengan dua gol awal daripada skuad Penyu pada separuh masa pertama.

Pahang kembali mengejar dengan jaringan Damion Steward pada minit ke-47 namun skuad bimbingan Ahmad Yusof menambah derita Pahang dengan gol ketiga menerusi Nasril Izat Jalil.

“Ini yang amat mengecewakan. Saya sudah kata…kami perlu fokus cari kemenangan tetapi malangnya kita ditakdirkan kecundang dan gagal untuk jadi juara,” kata Zainal.

Bagaimanapun menurut Zainal, dia menerima keputusan ini dan menegaskan dirinya tetap berpuas hati dengan perjuangan Pahang musim ini.

“Mereka sudah tunjukkan prestasi yang baik sepanjang saingan liga. Kami begitu lama di puncak tetapi tewas di penghujung saingan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");