Sukan Hari Ini

Trofi ketujuh

Turnberry, Scotland: Bintang Korea Selatan, Park Inbee merangkul kejuaraan utama ketujuh kelmarin apabila dia mencatat tujuh birdie dan satu eagle bagi menyamai rekod pusingan akhir 65 sekali gus menjuarai Terbuka Wanita British.

Catatan keseluruhan 12 bawah par 276 membantu pemain nombor satu dunia berusia 27 tahun itu menang dengan tiga pukulan dan kejuaraan utama kedua musim ini selepas memenangi Kejohanan LPGA kali ketiga berturut-turut Jun lalu.
Inbee turut menang dua gelaran Terbuka AS dan Kejohanan Kraft Nabisco 2013.

Satu-satunya kejuaraan utama belum dimenanginya adalah Kejohanan Evian sekalipun dia mengungguli kejohanan itu setahun sebelum ia disenarai dalam lima kejuaraan utama pada 2013.

“Saya mengimpikan semua ini,” kata Inbee selepas muncul pemain wanita ketujuh menang empat kejuaraan utama berbeza dalam karier.

“Ia amat menakjubkan. Memenangi kejuaraan utama memberikan anda keyakinan dan itulah yang menjadi perbezaan hari ini. Saya pernah berada di posisi itu sebelum ini dan sedar boleh melakukannya.”

Ko Jin Young, pemain LPGA Korea berusia 20 tahun, ketinggalan tiga pukulan di belakang di tangga kedua selepas catatan 71, dengan pemain nombor dua dunia Lydia Ko (69) dan Ryu So Yeon (68) berkongsi tangga ketiga dengan lapan bawah par.

Ketinggalan tiga pukulan menjelang pusingan akhir, Inbee masih tertinggal tiga pukulan di belakang Jin Young dengan berbaki lima lubang.

Namun dia membenam eagle pada lubang ke-14, birdie lubang ke-16 dan akhirnya mengatasi rakan senegaranya itu.
Inbee bagaimanapun memuji corak persembahan Jin Young.

“Dia seorang yang amat berbakat dan bertindak bijak menangani tekanan. Dia bermain dengan fantastik sepanjang minggu ini,” kata juara itu.

-http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");