Panasnya Hari Ini

“Tun Fikir Najib Lagi Bahaya Dari DAP”-Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir ke perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini adalah satu tindakan yang berani.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, beliau berkata bekas Perdana Menteri itu cukup berani untuk bersama penunjuk perasaan yang kebanyakannya bukan Melayu.

Ujarnya lagi, tindakan itu juga menunjukkan beliau tidak memilih bangsa untuk bersama rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

“Apa ruginya Tun di himpunan BERSIH kecuali yang fikir akan bangsatkan diri sendiri. Beranikah Kit Siang di tengah Melayu yang marah,” lapor Freemalaysiatoday lagi.

Tambahnya lagi, kehadiran itu membuktikan bahawa Dr Mahathir tidak bimbang mengenai kebangkitan parti DAP tetapi khuatir dengan Najib yang dianggapnya lebih berbahaya daripada parti itu.

“Kepada ribuan peserta BERSIH Tun tegaskan dia mahu BN kekal tapi hanya mahu Najib undur. Dia tidak sokong Bersih.

“Kenapa Tun hadir di himpunan Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib lebih bahaya dari Dap. Tidakkah ini juga yg difikiran oleh orang Melayu?

“Jelas tujuan Tun in whatever cause Najib must go. Itu sebab utama dia hadir di BERSIH. Dia mahu Najib pergi kerana dia sayangkan Umno,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");