Panasnya Hari Ini

UMNO Lembah Pantai Sokong Kerjasama UMNO-PAS

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Lembah Pantai melontarkan pendapat bahawa UMNO dan PAS mampu untuk bekerjasama dalam politik berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Musyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Ketua UMNO Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS itu menunjukkan sikap keterbukaan PAS untuk bekerjasama.

“Dua hari lepas Presiden ada sebut walaupun ada orang UMNO yang suruh dia letak jawatan, tetapi jelas Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS mengatakan mahu Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

“Ini menunjukkan ada keterbukaan pihak PAS untuk bekerjasama,”katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai, hari ini.

Katanya lagi, situasi yang berlaku dalam PAS kini merupakan satu langkah permulaan yang akan membawa kepada kerjasama antara UMNO dan PAS.

“Saya rasa kita boleh mula bekerjasama dengan persempadanan semula yang perlu diadakan sudah lebih 10 tahun.

“Apa yang berlaku dalam PAS hari ini adalah sebagai permulaan untuk kita bekerjasama,”ujarnya.

Namun begitu, Raja Nong Chik menegaskan bahawa parti komponen dalam Barisan Nasional, terutamanya MCA dan MIC, tidak perlu risau dengan kerjasama tersebut.

“Rakan-rakan komponen jangan takut…pada saya, kalau orang Melayu – Islam bersatu Negara kita akan lebih kuat dan tuan-tuan tidak akan pening kepala bila Melayu-Islam bersatu,”tegasnya.

Tambahnya lagi, UMNO perlu memberi ruang kepada PAS untuk bergerak kehadapan untuk memenangi hati pengundi.

“Pada saya mungkin pihak UMNO…kita kena ubah sikit bagi ruang kepada kawan-kawan kita daripada PAS yang mungkin kita untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");