Sukan Hari Ini

‘Usah gentar di Jakarta’

Sepang: Jangan gentar dengan aura luar biasa Stadium Istora Senayan.

Itu nasihat Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen (kanan) kepada barisan pemain negara yang akan beraksi di stadium keramat itu bermula Isnin depan untuk saingan Kejohanan Dunia.

Frost yang ditemui bersama-sama barisan pemain negara semalam sebelum berlepas ke Jakarta, Indonesia hanya berharap barisan pemain negara dapat menolak segala tekanan, sebaliknya menikmati permainan mereka sendiri apabila bertemu lawan masing-masing di stadium keramat itu.

“Saya rasa setiap pemain pasti ada menyimpan hasrat untuk beraksi di Istora Senayan.

“Saya sendiri tidak dapat lupakan aksi di stadium itu ketika sebagai pemain. Penonton yang hadir memberi sokongan amat menakjubkan.

“Perkara paling menarik ialah apabila seseorang pemain itu dapat menewaskan pemain tuan rumah.

“Saya sudah banyak kali bermain di Istora Senayan dan gelanggang itu sentiasa menjanjikan aksi dan suasana menarik,” katanya.

Frost juga berharap, rombongan besar barisan pemain negara kali ini dapat memanfaatkan sebaik-baiknya peluang beraksi di Kejohanan Dunia.

“Sudah tentu saya mahu mereka mempamer aksi terbaik atau lebih daripada jangkauan saya,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");