Perak Hari Ini

Velodrom Rakyat: Perlu Perbincangan Menyeluruh – DS Zambry

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengalu-alukan kehadiran Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk mengadakan perbincangan bersama berhubung isu Velodrom Rakyat di Ipoh.

Beliau berkata, permasalahan yang dihadapi tersebut bukan sahaja melibatkan pihak kerajaan, tetapi juga melibatkan pemilik velodrom berkenaan.

“Saya rasa ia bukan sahaja melibatkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tetapi juga melibatkan pemilik tempat tersebut.

“Saya harap KJ (Khairy) akan datang ke Perak satu hari nanti untuk sama-sama melakukan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap permasalahan tersebut,” katanya.

Zambry juga berkata bahawa beliau telah meminta Exco yang bertanggungjawab untuk mengkaji segala hal yang berkaitan dengan velodrom berkenaan.

“Keadaan Velodrom tersebut sememang teruk tetapi kita perlu mengikut teknologi terkini dalam bidang sukan berbasikal dan Velodrom yang bagaimana sesuai disamping melibatkan kemudahan terkini.

“Saya telah minta Exco yang bertanggungjawab untuk mengkaji masalah yang dihadapi,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan mengadakan perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri berhubung isu Velodrom Rakyat di Ipoh yang semakin rosak dan terbiar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");