Sukan Hari Ini

Yakin pelumba negara menyerlah

Kuala Lumpur: Barisan pelumba negara diharap dapat mempamerkan aksi cemerlang pada saingan KL City Grand Prix, acara perlumbaan jalanan di tengah ibu kota yang pertama kali dianjurkan bermula 7 hingga 9 Ogos ini.

Duta bagi saingan berkenaan yang juga bekas pelumba Formula Satu (F1) negara Alex Yoong berkata, barisan pelumba negara seperti Fairuz Fauzy, Afiq Yazid serta Adrian D’Silva dijangka mampu memberikan saingan sengit kepada barisan pelumba lain.

“Fairuz sebagai contoh ialah seorang pelumba profesional yang mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa.
“Saya mengharapkan dia mampu memenangi perlumbaan dalam kelasnya. Barisan pelumba negara yang beraksi di sini adalah daripada kalangan pelumba terbaik,” katanya pada sidang media semalam.

Ketiga-tiga pelumba negara itu akan beraksi dalam kategori KL City GT Cup iaitu perlumbaan utama. Tiga lagi perlumbaan yang berlangsung ialah V8 Supercars Street Challenge, Formula Masters China Series dan Lamborghini Super Trofeo Asia.

Jelas Alex, barisan pelumba lain seperti Josh Hunt dari Australia juga pasti bakal mencuri tumpuan peminat di negara ini yang pertama kali akan menyaksikan perlumbaan di atas litar jalanan.

“Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang pernah beraksi di litar jalanan di Singapura, Beijing dan Shanghai, ia adalah perlumbaan cukup menarik.

“Tapi saya akui, penganjuran tahun pertama sentiasa sukar,” katanya.

Perlumbaan berkenaan akan membabitkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota, antaranya Jalan Sultan Ismail, Jalan Perak, Jalan P Ramlee serta Jalan Ampang yang akan berubah wajah menjadi litar perlumbaan.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");