Berita Hari Ini

1MDB nafi akaun syarikat dibekukan

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan dakwaan bahawa akaun-akaun bank syarikat itu dibekukan.

“Sepanjang pengetahuan 1MDB, tidak ada satu pun akaun bank syarikat telah dibekukan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ia merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan dengan akaun bank tertentu dibekukan di Switzerland berhubung dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu.

1MDB berkata ia sedang dalam proses memupuk kefahaman yang lebih baik dalam siasatan yang sedang dijalankan di Switzerland supaya syarikat itu dapat bekerjasama sepenuhnya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");