Panasnya Hari Ini

Ada Muslihat Dalam Himpunan Baju Merah- PAS

KUALA LUMPUR: Pas menyifatkan penganjur perhimpunan Baju Merah semalam mempunyai agenda dan muslihat tersendiri apabila sengaja menyediakan sepanduk kebanyakkannya bermesejkan perkauman sebagai perangkap.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar perhimpunan yang membawa mesej berunsur perkauman itu.

Tambah beliau lagi, rakyat Malaysia pelbagai kaum diminta bertenang dan tidak memberikan reaksi terhadap Himpunan Baju Merah yang berlangsung semalam.

“Anda akan termasuk perangkap jika anda menyebarkan gambar-gambar perhimpunan yang membawa mesej perkauman di sepanduk dan banting yang disengajakan mereka.

“Anda akan terkena perangkap jika anda mula berbicara mengenai insiden-insiden kurang enak yang terjadi di perhimpunan tersebut.

“Anda akan termakan racun jika anda mula terasa hati dengan ucapan-ucapan yang dilaungkan di perhimpunan tersebut.

“Itu yang dikehendaki mereka – di mana rakyat Malaysia sibuk dibuai dengan bicara perkauman,” katanya.

Ujarnya lagi,muslihat itu jelas ditonjolkan apabila tiada sebarang sepanduk, banting atau sepatah ayat yang bertanya mengenai derma RM2.6 bilion milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kejatuhan nilai Ringgit, 1MDB dan juga inflasi yang sedang dihadapi rakyat.

“Jangan biarkan muslihat mereka untuk mengalihkan tumpuan kamu berjaya.

“Tindak-tanduk peserta Perhimpunan Merah bukanlah tindak-tanduk orang Melayu. Itu mirip tindak-tanduk UMNO yang sedang kita usaha untuk menumbangkannya di PRU14 bagi menghentikan kerosakan berterusan terhadap perpaduan nasional dan juga masa depan Malaysia,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");