Sukan Hari Ini

Delia kibar cabaran negara

PEMAIN skuasy nombor tiga negara, Delia Arnold memikul tanggungjawab berat menjelang saingan Terbuka Macau 2015 yang bermula hari ini hingga 20 September depan.

Delia akan menentang pilihan kedua kejohanan, Nour El Tayeb dari Mesir yang juga calon pilihan mara ke pusingan kedua.

Ketiadaan penyandang juara, Datuk Nicol David yang menarik diri akibat kecederaan betis memaksa Delia berseorangan berjuang menaikkan nama negara di pentas antarabangsa.

Penarikan diri Nicol bermakna peminat bakal menyaksikan takhta ratu dunia masih dikuasai Raneem El Welily pada ranking yang akan dikeluarkan oleh Persatuan Skuasy Wanita (WSA) bulan depan.

Menurut Delia, dia akui rintangan besar bakal menanti edisi kali ini namun tidak menolak kemungkinan mampu melepasi halangan pusingan pertama.

Enggan fikir kekuatan lawan

Jelas Delia, dia tidak menghiraukan segala bentuk psikologi daripada lawan sebaliknya terus memberi tumpuan kepada acara yang bermula hari ini.

Akui sedar mendapat undian sukar bertemu Nour, Delia tetap bersemangat menghadapi perlawanan yang diadakan di Centro de Bowling, Macau.

“Mendapat lawan sukar pada pusingan pertama hanya sebahagian daripada permainan ini.

“Bagi saya, bermain dengan permainan sendiri dan tidak memikirkan sangat siapa lawan saya. Tetapi, saya akan pertama kali bertemu Nour dan tahu ia satu perlawanan yang tidak mudah,” katanya.

Sekiranya melepasi halangan Nour, dia akan berdepan seorang lagi pemain Mesir yang juga pilihan ketujuh, Nouran Gohar.

Untuk rekod, Nouran melakar kejutan apabila menewaskan Nicol pada Terbuka China, minggu lalu.

Tekad Nafiizwan tebus kehampaan

Dalam pada itu, pemain nombor satu lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan mahu menebus kehampaan di Terbuka China apabila cabarannya tersekat di separuh akhir kepada pemain Hong Kong, Leo Au. Menariknya, Nafiizwan akan sekali lagi bertemu lawan sama di pusingan pertama pada kempen Terbuka Macau.

“Leo dalam prestasi baik, tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh kalahkan dia.

“Saya bersedia. Saya dikalahkan Leo sebelum ini dan saya tahu saya boleh melakukannya sekali lagi,” katanya.

Jika melepasi halangan Leo, dia dijangka menentang pilihan utama kejohanan dari Mesir, Omar Mosaad pada peringkat suku akhir.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");